Kempen Klik Dengan Bijak (KDB) & Advokasi Mobile e-Waste dan Check Your Label

4 Mei 2019 | Aktiviti Terkini

Kempen Klik Dengan Bijak (KDB) dan Advokasi ini telah dijalankan pada hari Jumaat, 3 Mei 2019 bersempena dengan Bau Gawai Sales 2019 yang bertempat di Lobuh Bau. Penceramah terdiri daripada Pengurus Pusat Internet (PI) Bogag, PI Krokong, PI Serasot, PI Sibuluh, PI Skio dan PI Tanjung Bowang. Para peserta pula terdiri daripada Penghulu, Pemanca dan juga Ketua Kaum di daerah Bau.

Tujuan kempen ini diadakan adalah untuk membudayakan penggunaan internet secara positif di kalangan masyarakat berteraskan tiga matlamat kempen KDB iaitu Keselamatan, Kewaspadaan, dan Tanggungjawab yang menitikberatkan kawal selia diri (self-regulation) dalam membendung masalah penyalahgunaan internet. Selain itu, ia juga bertujuan untuk mendidik masyarakat tentang kepentingan dan langkah-langkah pelupusan peranti elektronik yang sudah tamat jangka hayatnya secara berhemah melalui ceramah advokasi Mobile e-Waste, dan juga panduan membeli peralatan komunikasi yang mempunyai label MCMC sebagai pengesahan peralatan tersebut telah diperakukan mengikut standard-standard yang telah ditetapkan melalui ceramah advokasi Check Your Label.

Antara topik yang disampaikan kepada para peserta adalah seperti:

  • Jenayah Siber
    -Cyber Grooming
    -Scam – Love Scam & Macau Scam
    -Penipuan Kewangan
  • Pengurusan Risiko Dalam Talian
    -Maklumat Palsu
    -Portal sebenarnya.my
  • Mobile e-Waste & Check Your Label

Selepas ceramah tersebut, kuiz berkaitan KDB, Mobile e-Waste dan Check Your Label diadakan secara atas talian melalui quizizz.com bagi menguji pemahaman para peserta, dan hadiah turut disampaikan kepada para pemenang kuiz tersebut.

Kempen yang dijalankan selama 3 jam bermula pukul 9.00 pagi ini tamat pada pukul 12.00 tengahari.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali