Kelas Asas MS Excel & E-Learning
6 Mei 2019 | Aktiviti TerkiniKelas Asas MS Excel dan E-Learning ini telah diadakan pada hari Ahad, 5 Mei 2019. Dalam kelas ini, para peserta mempelajari tentang cara memasukkan data seperti teks dan nombor ke dalam helaian kerja (worksheet) MS Excel. Di samping itu, para peserta juga mempelajari penggunaan kumpulan perintah ‘Font’ dalam MS Excel untuk memformat teks dan sel.
Akhir sekali, sesi soalan kuiz turut diadakan secara atas talian melalui laman web www.kahoot.com bagi menguji tahap pemahamam para peserta berkaitan topik yang telah dipelajari disamping mendedahkan para peserta kepada pembelajaran atas talian dan sekaligus menarik minat para peserta terhadap penggunaan ICT untuk tujuan pelajaran dan pembelajaran.
Kelas yang berlangsung di Pusat Internet Bogag, selama 3 jam bermula dari 1.00 petang ini dihadiri oleh seramai 7 orang pelajar sekolah rendah. Kelas tamat pada pukul 4.00 petang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: