Kelas MS Word, Latihan Menaip, Advokasi Check Your Label & e-Learning

4 November 2019 | Aktiviti Terkini

Kelas MS Word, Latihan Menaip, Advokasi Check Your Label dan E-Learning ini telah diadakan pada hari Ahad, 3 November 2019 bertempat di Pusat Internet Bogag. Dalam kelas ini, para peserta diperkenalkan kepada laman web belajar menaip secara atas talian iaitu www.typingclub.com. Melalui laman web ini, para peserta berpeluang untuk melatih jari jemari mereka mengikut teknik menaip yang betul agar mampu menaip dengan pantas disamping dapat meningkatkan kemahiran menaip mereka.

Selain itu, mereka juga diberi tugasan menaip petikan menggunakan MS Word bagi meningkatkan kemahiran menaip mereka serta tahap penguasaan MS Word mereka. Selepas latihan menaip tersebut, kelas diteruskan dengan taklimat advokasi Check Your Label yang bertujuan untuk mendidik dan memberi kesedaran kepada para peserta tentang kepentingan dan panduan membeli peralatan komunikasi yang mempunyai label MCMC sebagai pengesahan peralatan tersebut telah diperakukan mengikut standard-standard yang telah ditetapkan.

Akhir sekali, para peserta berpeluang untuk membuat ulangkaji pelajaran dengan menjawab soalan kuiz bagi pelbagai matapelajaran sekolah rendah secara atas talian melalui laman web www.quizizz.com. Melalui sesi ini, para peserta diharap agar lebih berminat untuk menggunakan ICT untuk tujuan pelajaran dan pembelajaran. Kelas yang berlangsung selama 4 jam bermula dari 1.00 petang ini dihadiri oleh seramai 10 orang pelajar sekolah rendah. Kelas tamat pada pukul 5.00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali