Kelas MS PowerPoint, Presentation Skills & e-Learning
15 Julai 2019 | Aktiviti TerkiniKelas MS PowerPoint, Presentation Skills dan e-Learning ini telah diadakan pada hari Ahad, 14 Julai 2019 bertempat di Pusat Internet Bogag. Dalam kelas ini, para peserta diajar cara membuat slaid pembentangan berkaitan Pusat Internet Bogag menggunakan MS PowerPoint. Para peserta diajar cara untuk memasukkan slaid baru, teks dan gambar yang dimuat turun di internet serta memasukkan graf dan carta pai di dalam slaid. Mereka turut mempelajari penggunaan ribbon-ribbon MS PowerPoint seperti Design, Transitions dan Animations untuk membuat slaid pembentangan yang lebih cantik dan menarik.
Selain itu, para peserta turut diajar tips-tips pembentangan yang berkesan dan menarik menggunakan MS PowerPoint. Setelah para peserta menyiapkan slaid pembentangan mereka, mereka telah diminta untuk membentangkan hasil kerja mereka disamping meningkatkan keyakinan diri mereka untuk berucap di hadapan khalayak umum.
Selepas sesi pembentangan tersebut, kelas diteruskan dengan sesi menjawab soalan kuiz bagi matapelajaran Matematik dan Sains sekolah rendah secara atas talian melalui laman web www.quizizz.com. Melalui sesi ini, para peserta diharap agar lebih berminat untuk menggunakan ICT untuk tujuan pelajaran dan pembelajaran. Kelas yang berlangsung selama 3 jam bermula dari 1.00 petang ini dihadiri oleh seramai 10 orang pelajar sekolah rendah. Kelas tamat pada pukul 4.00 petang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: