Program Penghayatan Hari Sarawak bersama Pengunjung PI Bogag

22 Julai 2019 | Aktiviti Terkini

Program Penghayatan Hari Sarawak bersama Pengunjung PI Bogag ini telah diadakan pada hari Ahad, 21 Julai 2019. Dalam program ini, para peserta diberi tunjuk ajar cara membuat pop-up card dengan berpandukan video tutorial yang terdapat di Youtube. Mereka juga berpeluang untuk menghasilkan sendiri pop-up card yang bertemakan sambutan Hari Sarawak yang akan disambut pada 22 Julai 2019. Selepas itu, kuiz atas talian dijalankan melalui laman web quizizz.com. Kuiz ini diadakan bertujuan untuk menguji serta meningkatkan pengetahuan am mereka tentang negeri Sarawak.

Disamping itu, para peserta turut diajar cara asas menggunakan enjin carian Google untuk mencari maklumat berkaitan negeri Sarawak. Akhir sekali, taklimat dan kuiz berkaitan kempen Check Your Label dan e-Sisa diadakan dengan tujuan untuk bertujuan untuk mendidik para peserta tentang panduan membeli peralatan komunikasi yang mempunyai label MCMC yang sah dan cara melupuskan peralatan elektronik yang rosak dan tidak digunakan lagi dengan betul dan berhemah.

Melalui kelas ini, semua peserta diharap dapat menyemai dan meningkatkan semangat patriotik dalam diri mereka. Kelas yang berlangsung di Pusat Internet Bogag, selama 4 jam bermula dari 1.00 petang ini dihadiri oleh seramai 14 orang peserta. Kelas tamat pada pukul 5.00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali