Kelas MS PowerPoint & e-Learning
4 Mac 2019 | Aktiviti TerkiniKelas MS PowerPoint dan e-Learning ini telah diadakan pada hari Ahad, 3 Mac 2019. Dalam kelas ini, para peserta diajar cara menghasilkan slaid pembentangan menggunakan MS PowerPoint. Antara topik-topik yang dipelajari adalah pengenalan kepada ribbon dan tools dalam MS PowerPoint, dan cara-cara untuk memasukkan slaid baru, teks, gambar, video dan audio ke dalam slaid. Mereka turut mempelajari penggunaan ribbon seperti Design, Transitions dan Animations untuk membuat slaid pembentangan yang lebih menarik.
Para peserta juga diminta untuk menghasilkan slaid pembentangan bertemakan Tempat-tempat Menarik di Sarawak. Selepas itu, kelas diteruskan dengan sesi mengulangkaji matapelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sekolah rendah secara atas talian melalui laman web www.quizizz.com. Melalui ulangkaji ini, para peserta diharap agar lebih berminat untuk menggunakan ICT untuk tujuan pembelajaran. Kelas yang berlangsung di Pusat Internet Bogag, selama 3 jam bermula dari 1.00 petang ini dihadiri oleh seramai 10 orang pelajar sekolah rendah. Kelas tamat pada pukul 4.00 petang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: