Kelas Keusahawanan Asas Solekan

24 Jun 2019 | Aktiviti Terkini

Kelas Keusahawanan Asas Solekan ini telah diadakan pada hari Ahad, 23 Jun 2019. Kelas ini diadakan bertujuan untuk mempromosi dan menggalakkan penggunaan pelbagai perkhidmatan yang disediakan PI terutamanya dalam meningkatkan potensi keusahawanan komuniti setempat, dan mendidik bakal usahawan yang berminat menjadi make-up artis (MUA) tentang cara solekan yang betul dan potensi menjadikannya sumber pendapatan mereka.

Antara modul pembelajaran adalah:

  • Pengenalan kepada Kelas Asas Solekan
  • Pengenalan kepada Bahan Kosmetik Asas Solekan
  • Tips-Tips Penting Sebagai Seorang MUA
  • Teori Asas Solekan
  • Cara Penggunaan Bahan Asas Solekan yang Betul mengikut Jenis Kulit (Normal/Kering/Sensitif)
  • Cara Membentuk Kening
  • Cara Menggunakan Bulu Mata Palsu
  • Latihan Praktikal Solekan Oleh Peserta

Kelas yang berlangsung di Pusat Internet Bogag, selama 4 jam bermula dari 1.00 petang ini dihadiri oleh seramai 11 orang peserta. Kelas tamat pada pukul 5.00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali