Kelas MS PowerPoint & e-Learning

29 April 2019 | Aktiviti Terkini

Kelas MS PowerPoint dan e-Learning ini telah diadakan pada hari Ahad, 28 April 2019. Dalam kelas ini, para peserta diajar cara menghasilkan slaid pembentangan menggunakan MS PowerPoint. Antara topik-topik yang dipelajari adalah pengenalan kepada ribbon dan tools dalam MS PowerPoint, dan cara-cara untuk memasukkan slaid baru, teks, gambar, video dan audio ke dalam slaid. Mereka turut mempelajari penggunaan ribbon seperti Design, Transitions dan Animations untuk membuat slaid pembentangan yang lebih menarik. Para peserta juga diberi tugasan untuk menghasilkan slaid pembentangan bertemakan ‘Diri Saya’ dimana mereka akan membuat slaid pembentangan berkaitan diri mereka.

Selepas menyiapkan tugasan mereka, para peserta diperkenalkan kepada laman web untuk belajar menaip secara atas talian iaitu www.typingclub.com. Melalui laman web ini, para peserta berpeluang untuk melatih jari jemari mereka mengikut teknik menaip yang betul agar mampu menaip dengan pantas disamping dapat meningkatkan kemahiran dan kecekapan menaip mereka. Selepas itu, kelas diteruskan dengan sesi mengulangkaji matapelajaran sekolah rendah secara atas talian melalui laman web www.quizizz.com. Melalui ulangkaji ini, para peserta diharap agar lebih berminat untuk menggunakan ICT untuk tujuan pembelajaran. Kelas yang berlangsung di Pusat Internet Bogag, selama 3 jam bermula dari 1.00 petang ini dihadiri oleh seramai 7 orang pelajar sekolah rendah. Kelas tamat pada pukul 4.00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali