Kelas Ms Excel, e-learning & kempen KDB bersama Lepasan SPM

2 Februari 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 1 Februari 2019, kelas Microsoft Excel, e-learning & kempen KDB telah diadakan di PI Bogag untuk Lepasan SPM. Kelas yang disertai oleh 3 orang lepasan SPM ini telah berlangsung selama 3 jam bermula dari jam 9.00 dan tamat pada pukul 12.00 tengahari. Dalam kelas Ms Excel kali ini peserta diminta menyiapkan tugasan memasukkan data kedalam hamparan workbook.

Latihan kali ini memfokus kepada meningkatkan kemahiran peserta memasukkan formula penggiraan kedalam jadual budget kewangan yang mereka sediakan. Selepas itu, para peserta turut menguji kemahiran penggunaan Ms Excel mereka melalui kuiz-kuiz berkaitan Ms Excel secara atas talian melalui quizzizz.com. Mereka turut diberikan taklimat ringkas mengenai penipuan kewangan melalui kempen KDB agar mereka lebih berhati-hati ketika melayari internet.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali