Kempen Klik Dengan Bijak (KDB) & Kuiz Atas Talian
2 Mac 2019 | Aktiviti TerkiniKempen Klik Dengan Bijak (KDB) dan Kuiz Atas Talian ini telah diadakan pada hari Jumaat, 1 Mac 2019 bertempat di Pusat Internet Kg. Bogag, dan dihadiri oleh seramai 13 orang pelajar Tahun 6 dari SK Jagoi, Bau. Kempen KDB diadakan bertujuan untuk melahirkan pengguna yang celik terhadap teknologi dan kandungan media baru (bijak internet), mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pengguna internet supaya beretika dan prihatin terhadap pengguna yang lain, memberi pendidikan kepada pengguna internet tentang kepentingan kawal selia kendiri dan mewujudkan persekitaran yang selamat untuk pengguna melayari internet.
Dalam kempen ini, para peserta didedahkan kepada isu oversharing ataupun terlebih kongsi. Mereka dididik tentang maksud oversharing, bagaimana perlakuan dan risiko oversharing serta panduan keselamatan agar tidak terlebih berkongsi maklumat peribadi di internet atau di media sosial khasnya. Selepas itu, sesi soalan kuiz diadakan secara atas talian melalui laman web kahoot.com dan quizizz.com bagi menguji pemahaman para peserta berkaitan kempen KDB yang telah diadakan. Selain itu, kuiz atas talian bagi pelbagai subjek pembelajaran juga diadakan bagi meningkatkan pemahaman para peserta tentang subjek pembelajaran yang dipelajari di sekolah. Berlangsung di Pusat Internet Bogag, selama 3 jam bermula dari 9.00 pagi ini dihadiri oleh seramai 4 orang peserta. Kelas tamat pada pukul 12.00 tengahari.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: