Kelas MS Excel & Latihan Menaip bersama Lepasan SPM

2 Mac 2019 | Aktiviti Terkini

Kelas Asas MS Excel dan Latihan Menaip ini telah diadakan pada hari Jumaat, 1 Mac 2019. Dalam kelas ini, para peserta mempelajari tentang cara memasukkan data seperti teks dan nombor ke dalam helaian kerja (worksheet) MS Excel. Mereka turut diajar membuat jadual dan pengiraan matematik menggunakan formula dan operasi asas matematik seperti tambah (+), tolak (-), darab (*) dan bahagi (/) dalam MS Excel. Tugasan matematik juga diberikan bagi meningkatkan kemahiran mereka dalam penggunaan formula asas matematik dalam MS Excel.

Selepas menyelesaikan tugasan MS Excel mereka, para peserta diperkenalkan kepada laman web untuk belajar menaip secara atas talian iaitu www.typingclub.com. Melalui laman web ini, para peserta berpeluang untuk melatih jari jemari mereka mengikut teknik menaip yang betul agar mampu menaip dengan pantas disamping dapat meningkatkan kemahiran dan kecekapan menaip mereka. Kelas yang berlangsung di Pusat Internet Bogag, selama 3 jam bermula dari 9.00 pagi ini dihadiri oleh seramai 4 orang peserta. Kelas tamat pada pukul 12.00 tengahari.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali