Kelas Asas Microsoft Word & Klik Dengan Bijak (KDB)

25 Mei 2019 | Aktiviti Terkini

Kelas Asas Microsoft Word & Klik Dengan Bijak (KDB) ini telah diadakan pada hari Jumaat, 24 Mei 2019 bertempat di Pusat Internet Bogag.

Dalam kelas ini, para peserta telah diberi latihan menaip petikan berkaitan kempen KDB serta panduan keselamatan dan tip ringkas ketika video chat melalui webcam daripada PC, komputer riba, tablet atau telefon bimbit. Melalui kelas ini, para peserta bukan sahaja dapat mengukuhkan dan meningkatkan kemahiran asas penggunaan Microsoft Word mereka malah mereka juga akan lebih berhati-hati ketika video chat dengan orang lain terutamanya dengan orang yang tidak dikenali.

Kelas yang berlangsung selama 2 jam bermula dari pukul 1.00 petang ini dihadiri oleh seramai 7 orang pelajar sekolah rendah. Kelas tamat pada pukul 3.00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali