Kelas Pemantapan Kemahiran Menaip & e-Learning
15 April 2019 | Aktiviti TerkiniKelas Pemantapan Kemahiran Menaip & e-Learning ini telah diadakan pada hari Ahad, 14 April 2019. Dalam kelas ini, para peserta diperkenalkan dengan laman web belajar menaip secara atas talian iaitu www.typingclub.com. Melalui laman web ini, para peserta berpeluang untuk melatih jari jemari mereka mengikut teknik menaip yang betul agar mampu menaip dengan pantas disamping dapat meningkatkan kemahiran menaip mereka.
Selepas itu, peserta menjawab soalan kuiz secara atas talian melalui quizizz.com untuk pelbagai subjek bagi meningkatkan pemahaman mereka dalam subjek-subjek tersebut.
Kelas yang berlangsung di Pusat Internet Bogag, selama 3 jam bermula dari 1.00 petang ini dihadiri oleh seramai 9 orang pelajar. Kelas tamat pada pukul 4.00 petang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: