Kelas Menaip, MS Word & E-Learning
8 April 2018 | Aktiviti TerkiniKelas Menaip, MS Word dan e-Learning ini telah diadakan pada hari Sabtu, 7 April 2018. Dalam kelas ini, para peserta diperkenalkan kepada Microsoft Word dimana mereka mempelajari tentang penggunaan MS Word Interface seperti Ribbon dan Quick Access Toolbar. Selain itu, mereka turut diajar cara menaip di dalam MS Word.
Di samping itu, mereka turut diperkenalkan kepada laman sesawang 10fastfinger.com untuk meningkatkan kemahiran serta kepantasan menaip. Akhir sekali, mereka turut didedahkan kepada pembelajaran atas talian melalui laman web www.kahoot.com bagi menarik minat para peserta terhadap penggunaan ICT dalam pelajaran dan pembelajaran.
Kelas yang berlangsung di Pusat Internet Bogag, selama 3 jam bermula dari 1.00 petang ini dihadiri oleh seramai 7 orang pelajar sekolah rendah. Kelas tamat pada pukul 4.00 petang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: