Kelas MS PowerPoint, Internet & E-Learning
9 April 2018 | Aktiviti TerkiniKelas MS PowerPoint, Internet & E-Learning ini telah diadakan pada hari Ahad, 8 April 2018. Dalam kelas ini, para peserta diperkenalkan kepada Microsoft PowerPoint dimana mereka mempelajari tentang penggunaan MS PowerPoint Interface seperti Ribbon dan Quick Access Toolbar untuk membuat slaid pembentangan.
Di samping itu, mereka turut mempelajari cara penggunaan internet dan enjin carian Google untuk mencari, memuat turun dan menyimpan gambar dalam komputer. Akhir sekali, pembelajaran matapelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Sains secara atas talian melalui laman web www.kahoot.com turut diadakan bagi menarik minat para peserta terhadap penggunaan ICT dalam proses pelajaran dan pembelajaran.
Kelas yang berlangsung di Pusat Internet Bogag, selama 3 jam bermula dari 12.00 tengahari ini dihadiri oleh seramai 10 orang pelajar sekolah rendah. Kelas tamat pada pukul 3.00 petang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: