Kelas Asas Keusahawanan (E-mel, Blog & Video)
19 Mei 2018 | Aktiviti TerkiniKelas Asas Keusahawanan (E-mel, Blog & Video) ini telah diadakan pada hari Sabtu, 19 Mei 2018. Di dalam kelas ini para peserta mempelajari cara membuat akaun e-mel (Gmail) dan membina blog melalui laman web www.simplesite.com iaitu pembina laman web dalam talian untuk tujuan menjual dan mempromosikan produk mereka.Di samping itu, para peserta turut para peserta diperkenalkan kepada laman web www.powtoon.com yang dapat membantu mereka menghasilkan slaid persembahan dan video yang lebih menarik bagi tujuan mempromosikan produk mereka.
Akhir sekali, taklimat advokasi Klik Dengan Bijak juga diadakan bagi mendidik dan memberi kesedaran kepada mereka tentang penggunaan internet secara berhemah. Kelas yang berlangsung di Pusat Internet Serasot, selama 4 jam bermula dari 9.00 pagi ini dihadiri oleh seramai 8 orang peserta. Kelas tamat pada pukul 1.00 petang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: