Program Penghayatan Bulan Kemerdekaan & Hari Malaysia

13 Ogos 2018 | Aktiviti Terkini

Program Penghayatan Bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia ini telah diadakan pada hari Ahad, 12 Ogos 2018. Dalam kelas ini, para peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah melatih kemahiran menaip mereka dengan menaip petikan berunsurkan sejarah kemerdekaan dan Hari Malaysia. Selepas itu, Kuiz Kemerdekaan turut diadakan secara atas talian berdasarkan petikan tersebut melalui laman web www.quizizz.com.

Disamping itu, mereka turut mempelajari cara menghasilkan pop-up card bertemakan Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia berpandukan video tutorial penghasilan pop-up card yang terdapat di Youtube. Seterusnya, Kuiz Kemerdekaan bersama pelajar sekolah menengah dan belia kampung bogag telah dijalankan melalui laman web www.quizizz.com. Melalui kelas ini, semua peserta diharap dapat menyemai dan meningkatkan semangat patriotik dalam diri mereka.

Selepas kuiz tersebut, taklimat advokasi Klik Dengan Bijak (maklumat palsu) dan e-Sisa diadakan dengan tujuan untuk mendidik para peserta agar sentiasa berwaspada dan bertanggungjawab sebelum berkongsi sesuatu maklumat di internet, dan mengajar mereka cara-cara membuang peranti-peranti elektronik yang sudah rosak atau tidak digunakan lagi secara berhemah. Kelas yang berlangsung di Pusat Internet Bogag, selama 4 jam bermula dari 1.00 petang ini dihadiri oleh seramai 17 orang peserta. Kelas tamat pada pukul 5.00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali