Kelas Asas MS Excel (Formula)

14 Mei 2018 | Aktiviti Terkini

Kelas Asas MS Excel (Formula) ini telah diadakan pada hari Ahad, 13 Mei 2018. Dalam kelas ini, para peserta mempelajari tentang cara memasukkan data seperti teks dan nombor ke dalam helaian kerja (worksheet). Mereka juga diajar penggunaan formula dalam membuat pengiraan matematik seperti tambah, tolak, darab dan bahagi menggunakan MS Excel. Tugasan matematik juga diberikan bagi meningkatkan kemahiran mereka dalam penggunaan formula untuk mengira.

Selain itu, mereka turut didedahkan kepada pembelajaran atas talian melalui laman web www.kahoot.com bagi menarik minat para peserta terhadap penggunaan ICT dalam proses pelajaran dan pembelajaran. Di samping itu, taklimat advokasi Klik Dengan Bijak juga diadakan bagi memberi kesedaran kepada peserta tentang penggunaan internet secara berhemah. Kelas yang berlangsung di Pusat Internet Bogag, selama 3 jam bermula dari 1.00 petang ini dihadiri oleh seramai 10 orang peserta. Kelas tamat pada pukul 4.00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali