Kelas Mencipta Akaun E-mel & Advokasi Check Your Label (CYL)
5 Februari 2018 | Aktiviti TerkiniKelas Mencipta Akaun E-mel dan Advokasi Check Your Label (CYL) ini telah diadakan pada hari Ahad, 4 Februari 2018. Dalam kelas ini, para peserta telah mempelajari cara mencipta dan menggunakan akaun e-mel dengan mudah. Takimat berkaitan kempen advokasi Check Your Label (CYL) turut disampaikan, Dalam taklimat ini, mereka dididik dan diberi kesedaran agar memastikan peralatan komunikasi mempunyai label MCMC yang sahih sebelum membelinya. Di samping itu, mereka turut diberi pendedahan tentang kaedah pemeriksaan untuk menentukan kesahihan label MCMC yang terdapat pada peralatan komunikasi.
Kelas yang berlangsung di Pusat Internet Bogag, selama 3 jam bermula dari 1.00 petang ini dihadiri oleh seramai 11 orang peserta. Kelas tamat pada pukul 4.00 petang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: