Kelas Microsoft Excel Kategori Dewasa
15 April 2018 | Aktiviti TerkiniKelas Microsoft Excel Kategori Dewasa ini telah diadakan pada hari Sabtu, 14 April 2018. Kelas ini diadakan bertujuan untuk menyediakan kemahiran dan pengetahuan mengenai aplikasi Microsoft Excel yang akan membantu peserta dalam meningkat tahap prestasi kerja, dan menjalankan kerja seharian dengan lebih cekap dan efisyen.
Dalam kelas ini, para peserta diperkenalkan kepada MS Excel Interface seperti Ribbon, Customize Quick Access Toolbar, lembaran kerja (worksheet) serta Backstage View. Selain itu, mereka juga mempelajari cara untuk membuat jadual dan memasukkan data seperti teks dan nombor ke dalam lembaran kerja. Di samping itu, mereka juga mempelajari formula asas untuk membuat pengiraan matematik tambah, tolak, darab, bahagi dan purata. Akhir sekali, mereka diberi tugasan untuk meningkatkan kemahiran mereka dalam membuat pengiraan menggunakan formula yang telah diajar.
Kelas yang berlangsung di Pusat Internet Serasot, selama 3 jam bermula dari 9.00 pagi ini dihadiri oleh seramai 9 orang peserta. Kelas tamat pada pukul 12.00 tengahari.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: