Kelas E-Learning, Microsoft Word & Kempen Klik Dengan Bijak
11 Februari 2018 | Aktiviti TerkiniKelas E-Learning, Microsoft Word dan Kempen Klik Dengan Bijak ini telah diadakan pada hari Sabtu, 10 Februari 2018. Dalam kelas ini, para peserta diperkenalkan kepada asas MS Word. Mereka turut mempelajari cara menaip menggunakan MS Word. Selain itu, kepantasan dan kecepakan para peserta menaip turut diuji melalui laman web atas talian 10fastfingers. Di samping itu, pemahaman para peserta tentang topik pembelajaran turut diuji dengan kuiz secara atas talian melalui laman web kahoot.
Akhir sekali, taklimat dan tayangan video Klik Dengan Bijak berkaitan maklumat palsu turut diadakan bagi mendidik para peserta agar sentiasa berwaspada dan bertanggungjawab ketika melayari internet agar tidak menyebarkan maklumat yang tidak pasti kesahihannya.
Kelas yang berlangsung di Pusat Internet Bogag, selama 3 jam bermula dari 1.00 petang ini dihadiri oleh seramai 11 orang peserta. Kelas tamat pada pukul 4.00 petang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: