Kelas E-Learning & MS Word Bersama Pelajar Tabika KEMAS Serasot
22 April 2017 | Aktiviti TerkiniKelas E-Learning & MS Word Bersama Pelajar Tabika KEMAS Serasot ini telah diadakan pada hari Jumaat, 21 April 2017. Kelas ini dimulakan dengan sesi nyanyian Didi and Friends yang ditayangkan melalui Youtube bagi menarik minat para peserta untuk mengikuti kelas ini. Selepas itu, para peserta diperkenalkan kepada Netbook serta fungsi-fungsinya. Di samping itu, para peserta turut diajar untuk menaip huruf (ABC) menggunakan Microsoft Word.
Kelas yang berlangsung di Bilik Latihan Pusat Internet Serasot, selama 2 jam bermula dari 10.00 pagi ini dihadiri oleh seramai 17 orang peserta. Kelas tamat pada pukul 12.00 tengahari.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: