Program Relay ICT, Kempen Advokasi & Kelas Keusahawanan
29 Ogos 2017 | Aktiviti TerkiniPada 28 Ogos 2017, PI Bogag dengan kerjasama PI Krokong, PI Serasot, PI Sibuluh, PI Tanjung Bowang telah mengadakan program Relay ICT, Kempen Advokasi dan Kelas Keusahawanan sempena Mini Hari Terbuka PI Tanjung Bowang. Dalam aktiviti ICT Relay yang disertai oleh pelajar Tabika KEMAS Kg. Bowang, para peserta perlu menyelesaikan tugasan-tugasan seperti menaip menggunakan MS Word, Guess the Emoji (komponen komputer), membuat origami berpandukan video dari Youtube, melukis dan mewarna bendera Sarawak (Paint) dan welfie kreatif menggunakan Cyberlink Youcam.
Selain itu, taklimat dan kuiz kempen advokasi iaitu kempen Klik Dengan Bijak (KDB), E-Sisa dan Check Your Label (CYL) turut diadakan untuk ibu bapa para pelajar. Dalam Kelas Keusahawanan pula, para peserta diajar asas penjagaan kulit dan cara untuk menjana pendapatan bersama konsultan kecantikan Mary Kay. Selepas itu, taklimat program Jabatan penerangan bersama komuniti turut dijalankan. Akhir sekali, penyampaian hadiah kepada para pemenang turut diadakan sebelum berakhirnya program. Program yang berlangsung selama 4 jam bermula dari 9.00 pagi hingga 1.00 petang ini telah dihadiri seramai 50 orang peserta.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: