Kelas Pengenalan Kepada Internet dan Emel, dan Advokasi Permainan Pokemon Go
08 Januari 2017 | Aktiviti Terkini
Pada 7 Januari 2017, Seramai 5 orang pelajar sekolah menengah telah mengikuti Kelas Pengenalan Kepada Internet dan Emel, dan Advokasi Permainan Pokemon Go yang telah dijalankan di Bilik Latihan Pusat Internet Serasot atas kerjasama antara PI Bogag dan PI Serasot.
Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memperkenalkan peserta dengan cara mencari maklumat yang betul menggunakan internet, membantu para peserta mencipta akaun emel pertama mereka menggunakan GMAIL, dan meningkatkan rasa tanggungjawab peserta ketika bermaian permainan Pokemon Go melalui tayangan video tips keselamatan permainan tersebut.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: