Kempen KDB & Advokasi dan Program Keusahawanan Sempena Hari Terbuka PI Stungkor Baru
12 Februari 2017 | Aktiviti Terkini
Pada 11 Februari 2017, PI Bogag telah bekerjasama dengan PI Sibuluh, PI Skio dan PI Stungkor Baru untuk mengadakan Kempen Klik Dengan Bijak (KDB) dan Advokasi serta Program Keusahawanan sempena Hari Terbuka PI Stungkor yang bermula pada pukul 9.00 pagi dan tamat pada pukul 3.00 petang.
Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah, taklimat, tayangan video dan permainan KDB (Action Kamen dan Cap Kalicap) serta taklimat advokasi (Check Your Label dan E-Waste) untuk kanak-kanak, belia dan golongan dewasa. Tujuan kempen KDB dan advokasi ini diadakan adalah untuk mendidik masyarakat akan keselamatan ketika melayari internet, kepentingan serta cara pengurusan barangan elektronik terutamanya alat peranti eletronik yang sudah tamat tempoh hayatnya secara berhemah serta kepentingan dan cara memastikan samada alat peranti elektonik yang dibeli adalah tulen. Manakala bagi program keusahawanan pula, para peserta diberi tunjuk ajar cara menghasilkan kraftangan berasaskan manik dengan tujuan untuk melahirkan lebih ramai usahawan berasaskan manik.
Melalui kempen KDB dan advokasi serta program keusahawanan yang dijalankan, diharap para peserta dapat memperbaiki serta memajukan diri mereka dengan ilmu serta maklumat yang mereka perolehi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: