Kelas Keusahawanan, Kursus Asas Solekan & Kempen Advokasi
24 April 2017 | Aktiviti TerkiniKelas Keusahawanan, Kursus Asas Solekan dan Kempen Advokasi ini telah diadakan pada hari Ahad, 23 April 2017. Di dalam kelas ini, para peserta didedahkan kepada pengetahuan asas tentang usahawan dan keusahawanan. Selepas itu, mereka diperkenalkan kepada penggunaan alat-alat kosmetik serta cara-cara mudah dalam solekan siang dan solekan malam.
Sesudah selesai kelas keusahawanan dan kursus asas solekan, kempen advokasi diadakan dimana tenaga pengajar menyampaikan taklimat berkaitan E-Waste dan mengedarkan brosur berkaitan E-Waste bagi mendidik para peserta tentang kepentingan dan cara pengurusan alat-alat elektronik yang telah tamat jangka hayatnya secara betul dan berhemah.
Kelas yang berlangsung di Bilik Latihan Pusat Internet Serasot, selama 6 jam bermula dari 11.00 pagi ini dihadiri oleh seramai 15 orang peserta. Kelas tamat pada pukul 5.00 petang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: