Kelas E-Learning Bersama Pelajar Tabika KEMAS Krokong
11 Mac 2017 | Aktiviti Terkini
Pada 10 Mac 2017, seramai 13 orang pelajar dari Tabika KEMAS Krokong telah menghadiri kelas E-Learning yang telah diadakan di Pusat Internet Krokong.
Dalam kelas ini, para peserta berpeluang untuk mempelajari abjad (ABC) melalui permainan atas talian dengan melayari laman web www.pbskids.org/games. Selain itu, video Klik Dengan Bijak (KDB) turut ditayangkan bagi mendidik para peserta tentang panduan keselamatan semasa melayari internet. Akhir sekali, sesi nyanyian dan tarian diadakan dimana video Didi and Friends telah ditayangkan melalui Youtube agar mereka lebih bersemangat untuk belajar.
Melalui kelas ini, diharap proses pembelajaran akan menjadi lebih mudah dan menyeronokkan melalui ICT dan sekaligus memupuk minat para peserta untuk belajar. Kelas ini telah berlangsung selama 1 jam bermula dari 10.30 pagi dan tamat pada pukul 11.30 pagi
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: