Kelas E-Learning & Kempen KDB bersama Pelajar Tahun 6 SK St. Patrick
04 Oktober 2017 | Aktiviti TerkiniKelas E-Learning dan Kempen Klik Dengan Bijak (KDB) bersama Pelajar Tahun 6 SK St. Patrick ini telah diadakan pada hari Selasa, 3 Oktober 2017. Dalam kelas ini, para peserta diperkenalkan dengan laman web pembelajaran atas talian iaitu VLE Frog sekolah iaitu 1BestariNet, dan diajar cara mencari maklumat menggunakan enjin carian google.
Selain itu, mereka turut dididik dan didedahkan kepada pengggunaan internet dengan selamat, waspada dan bertanggungjawab melalui taklimat kempen KDB yang diadakan. Kelas yang berlangsung di PI Krokong selama 1 jam 30 minit bermula dari 11.00 pagi telah dihadiri seramai 28 orang peserta. Kelas telah tamat pada pukul 12.30 tengahari.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: