Kelas Membuat Emel & Advokasi E-Waste
18 April 2017 | Aktiviti TerkiniKelas Membuat Emel dan Advokasi E-Waste ini telah diadakan pada hari Isnin, 17 April 2017. Dalam kelas ini, para peserta didedahkan kepada tujuan dan kepentingan emel dalam kehidupan. Selepas itu, para peserta telah diajar cara untuk mencipta dan menggunakan akaun emel mereka. Di samping mempelajari tentang emel, para peserta turut didedahkan kepada advokasi e-waste dimana mereka dididik tentang kepentingan serta cara menguruskan alat-alat elektronik yang telah tamat jangka hayatnya secara betul dan berhemah.
Kelas yang berlangsung di Bilik Latihan Pusat Internet Serasot, selama 2 jam bermula dari 2.00 petang ini dihadiri oleh seramai 8 orang peserta. Melalui kelas ini, diharap mereka dapat mempraktikkan apa yang telah dipelajari di dalam kelas ini. Kelas tamat pada pukul 4.00 petang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: