Kelas E-Learning bersama Pelajar Tahun 6 SK St. Patrick
29 September 2017 | Aktiviti TerkiniKelas E-Learning bersama Pelajar Tahun 6 SK St. Patrick ini telah diadakan pada hari Khamis, 28 September 2017. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memperkenalkan para peserta dengan laman web pembelajaran atas talian iaitu VLE Frog sekolah iaitu 1BestariNet, dan meningkatkan kemampuan para pelajar sekolah menggunakan capaian internet melalui pengenalan kepada laman carian google.
Dalam kelas ini, para peserta turut diminta menjawab soalan yang terdapat di laman sesawang 1bestari.net. Kelas yang berlangsung di PI Krokong selama 1 jam bermula dari 8.30 pagi telah dihadiri seramai 28 orang peserta. Kelas telah tamat pada pukul 9.30 pagi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: