Bengkel Jom Cantik Dan Taklimat Advokasi
06 Ogos 2017 | Aktiviti TerkiniBengkel Jom Cantik dan Taklimat Advokasi telah diadakan pada hari Jumaat, 5 Ogos 2017. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk meningkatkan kemahiran para peserta bagi membolehkan mereka menjadi usahawan dalam solekan dan kecantikan. Dalam kelas ini, para peserta diperkenalkan dengan pengetahuan asas berkaitan usahawan dan keusahawanan. Selain itu, para peserta diajar oleh Mary Kay Beauty Consultant iaitu Puan Ros Libing dan Puan Amberly Vicky tentang asas penjagaan muka dan penggunaan produk kecantikan.
Disamping itu, mereka turut dididik tentang penggunaan internet secara selamat, waspada dan bertanggungjawab, serta cara-cara untuk memeriksa produk komunikasi mereka untuk memastikan sama ada produk itu mempunyai sijil sah dan tulen melalui taklimat kempen Klik Dengan Bijak (KDB) dan Check Your Label (CYL) yang disampaikan. Kelas yang berlangsung di Pusat Internet Serasot, selama 2 jam bermula dari 9.00 pagi ini telah dihadiri oleh seramai 7 orang peserta. Kelas tamat pada pukul 11.00 pagi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: