Program Keusahawanan dan Advokasi sempena Hari Terbuka PI Sibuluh
8 Julai 2017 | Aktiviti Terkini
Program Keusahawanan dan Advokasi ini telah diadakan pada hari Sabtu, 7 Julai 2017 sempena Hari Terbuka PI Sibuluh. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberikan idea-idea dalam memulakan dan membangunkan perniagaan melalui kelas INTEL dan keusahawanan yang diadakan. Selain itu, ia juga bertujuan untuk mendidik dan mendedahkan para peserta tentang kempen Klik Dengan Bijak (KDB), E-Sisa dan Check Your Label.
Di samping itu, aktiviti e-learning turut diadakan bersama pelajar Tabika KEMAS Kg. Sibuluh dimana mereka mempelajari cara membuat origami berpandukan video yang ditayangkan melalui Youtube. Program yang berlangsung di PI Sibuluh selama 6 jam bermula dari 9.00 pagi ini telah tamat pada pukul 3.00 petang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: