dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Kg Bogag, Bau Sarawak
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook
    insta

Kawasan Rekreasi Dan Pelancongan


Terdapat pelbagai tempat rekreasi dan tempat-tempat menarik yang boleh dikunjungi jika anda berpeluang datang ke kawasan Bau. Antaranya adalah seperti berikut:


Stadium Mini Bau
Stadium mini Bau merupakan tempat rekreasi yang popular dikalangan masyarakat setempat. Pelagai aktiviti riadah dan sukan sama ada indoor atau outdoor boleh dijalankan di stadium mini tersebut seperti badminton, bola sepak, sepak takraw, dan banyak lagi.


Wind Cave
Wind cave atau gua angin yang terletak 5km dari Pekan Bau merupakan tempat menarik yang sesuai untuk diterokai dan juga sesuai untuk aktiviti berkelah bersama keluarga dan kawan-kawan.


Bung Jagoi Herittage
Bung Jagoi yang terletak di Gunung Jagoi merupakan tapak warisan dan perkampungan asal pertama bagi masyarakat Bidayuh di area Jagoi. Bung Jagoi Herittage boleh didaki melalui dua laluan berbeza iaitu melalui Kampung Jagoi Duyoh dan Kampung Serasot. Kebanyakan penduduk asal Kampung Jagoi Gunung sudah berpindah dan membina perkampungan baru iaitu di Kampung Duyoh, Kampung Searsot, Kampung Serikin, Kampung Bogag, Kampung Stass dan Kampung Sebobok.


Sungai Duyoh (River Beautification & Conservation Program)
Sungai Duyoh merupakan tempat rekreasi yang popular di kalangan masyarakt di area Jagoi. Ia merupakan air terjun yang berada di kaki Gunung Jagoi. Kini Sungai Duyoh telah dinaiktaraf dan menjadi lokasi pelancongan kepada pelancong luar dan dalam Negara.


Pasar Serikin
Serikin merupakan sebuah pasar yang tidak asing lagi bagi masyarakat setempat amnya. Pasar Serikin yang terletak di sempadan Malaysia-Indonesia merupakan pasar yang sangat popular untuk membeli belah barangan seperti kain batik, kebaya,kraftangan dan pelbagai lagi barangan dan produk menarik yang boleh didapati dengan harga yang berpatutan. Pasar ini hanya beroperasi dari hari Jumaat hingga Ahad sahaja.

© 2014 - 2019 Semua Hakcipta Terpelihara.