E-Pembelajaran & Kuiz Klik Dengan Bijak

23 Oktober 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 22 Oktober 2022, PEDi Bogag telah menjalankan sebuah aktiviti e-pembelajaran dan kuiz Klik Dengan Bijak bersama empat orang ahli PEDi. Para peserta yang merupakan pelajar sekolah diperkenalkan kepada laman pembelajaran secara dalam talian iaitu Quizizz.com. Aktiviti ini dijalankan antara lain bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada peserta tentang cara pembelajaran secara digital yang menyeronokkan.

Peserta diberikan peluang menjawab pelbagai soalan kuiz Bahasa Malaysia untuk menguji tahap pemahaman dan penguasaan mereka. Mereka kemudiannya diberikan taklimat ringkas Klik Dengan Bijak dan menjawab soalan berkenaan KDB juga menerusi Quizizz.com. Aktiviti ini dijalankan selama sejam bermula pada pukul 3 petang dan berakhir pada pukul 4 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali