Kelas Asas Microsoft Excel Sesi 2 & KDB

3 Ogos 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 2 Ogos 2022, PEDi Bogag telah menjalankan sebuah kelas asas Microsoft Excel Sesi 2 dan taklimat Klik Dengan Bijak bersama tiga orang ahli PEDi yang merupakan pelajar lepasan Sekolah Menengah. Dalam sesi kali ini para peserta diberi tunjuk ajar cara menggunakan Microsoft Excel untuk tujuan pengiraan. Mereka diajar cara membaca column dan row agar mereka faham cara memasukkan formula mudah untuk memudahkan mereka membuat template yang melibatkan pengiraan. Beberapa latihan praktikal diberikan untuk memastikan setiap mereka memahami cara menggunakanya dengan baik. Sedikit taklimat Klik Dengan Bijak turut diberikan sebelum kelas ditamatkan. Kelas ini dijalankan selama dua jam bermula pada pukul 10 pagi dan berakhir pada pukul 12 tengahari.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali