Kelas Asas Microsoft Excel Sesi 2 & Kempen KDB

23 Mei 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 22 Mei 2022, PEDi Bogag telah mengadakan kelas asas Microsoft Excel sesi 2 dan Kempen KDB bersama dua orang peserta. Dalam sesi ini, peserta diajar cara asas memasukkan data dan membuat pengiraan ringkas menggunakan formula dalam Microsoft Excel. Latihan-latihan yang diberikan, diharap dapat meningkatkan pemahaman peserta tentang cara menggunakan Microsoft Excel dengan cara yang betul. Selain daripada itu, kakitangan PEDi Bogag juga mengambil kesempatan memberikan taklimat ringkas kempen Klik Dengan Bijak mengenai topik Berita Palsu untuk memastikan peserta kekal berwaspada dan bertanggungjawab ketika melayari internet.

Kelas yang dijalankan selama dua jam ini dijalankan bermula dari pukul 10 pagi dan berakhir pada pukul 12 tengahari.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali