Kelas Asas Microsoft Excel Sesi ke-5 Dan Asas Email

17 Ogos 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 16 Ogos 2022, PEDi Bogag telah menjalankan sebuah kelas asas Microsoft Excel Sesi ke-5 dan Asas Email bersama dua orang ahli PEDi yang merupakan pelajar lepasan Sekolah Menengah. Kelas ini adalah sesi terakhir kelas Microsoft Excel dan merupakan kesinambungan kepada kelas-kelas sebelum ini. Dalam sesi ini, peserta diajar cara memasukkan formula yang lebih kompleks iaitu gabungan operasi tambah, tolak darab dan bahagi yang mengabungkan maklumat daripada beberapa sheet yang berbeza. Selepas itu, peserta turut diajar asas menghantar email menggunakan akaun gmail masing-masing. Kelas ini diadakan atas permintaan peserta yang belum pernah menghantar email sebelum ini.

Kelas ini dijalankan selama dua jam bermula pada pukul 10 pagi dan berakhir pada pukul 12 tengahari.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali