Kelas eLearning & Multimedia

13 Mac 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 12 Mac 2022, PEDi Bogag telah mengadakan kelas eLearning dan Multimedia bersama dua orang peserta. Peserta yang merupakan pelajar sekolah menengah telah diperkenalkan kepada cara pembelajaran secara atas talian yang menyeronokkan melalui laman sesawang Quizizz.com. Peserta berpeluang membuat ulangkaji pelbagai subjek matapelajaran melalui kuiz-kuiz atas talian yang disediakan oleh pihak PEDi Bogag secara dalam talian. Untuk sesi kelas multimedia pula, peserta telah diperkenalkan kepada laman sesawang sketchpad.io. Sketchpad.io merupakan aplikasi lukisan dalam talian percuma untuk semua peringkat umur. Peserta diperkenalkan kepada tools yang terdapat dalam sketchpad.io dan cara menggunakannya. Peserta turut diberikan latihan secara praktikal untuk melukis menggunakan sketchpad serta diajar cara menyimpan dan memuat turun hasil kerja kedalam pelbagai bentuk.

Kelas yang dijalankan selama dua jam ini dijalankan bermula dari pukul 2 petang dan berakhir pada pukul 4 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali