Pertandingan Mewarna sempena Hari Malaysia 2022

11 September 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 10 September 2022, PEDi Bogag telah mengadakan Pertandingan Mewarna sempena Hari Malaysia 2022 bertempat di PEDi Bogag. Pertandingan ini diadakan bagi kanak-kanak yang berumur dari 7 tahun hingga 12 tahun.

Pertandingan mewarna ini diadakan bertujuan untuk memberi kesedaran dan menanam semangat patriotisme dalam kalangan kanak-kanak bersempena sambutan Hari Malaysia. Pertandingan mewarna ini turut memberi peluang kepada para peserta untuk menonjolkan minat dan bakat mewarna mereka serta meningkatkan kemahiran motor halus dan kasar mereka.

Dalam pertandingan ini, para peserta diminta untuk mewarna lukisan bertemakan Hari Malaysia yang telah disediakan oleh PEDi Bogag dalam tempoh 1 jam 30 minit. Selepas itu, aktiviti Klik Dengan Bijak (KDB) iaitu “Action Kamen” turut diadakan bagi mendidik peserta tentang kepentingan menggunakan internet dengan selamat, waspada dan bertanggungjawab.

Akhir sekali, sesi penyampaian hadiah dan sijil penyertaan dijalankan setelah sesi pemilihan pemenang.

Pertandingan yang bermula pada pukul 10.00 pagi dan tamat pada pukul 12.00 tengahari ini telah berjalan dengan jayanya dengan kehadiran seramai 8 orang peserta.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali