Kelas Membuat Resume & E-mail

18 Februari 2021 | Aktiviti Terkini

Kelas Membuat Resume dan E-mel ini telah diadakan pada 17 Februari 2021 hari Rabu bertempat di Pusat Internet Komuniti Bogag. Dalam kelas ini, peserta mempelajari cara membuat resume menggunakan Microsoft Word untuk tujuan memohon pekerjaan. Setelah menyiapkan resume, peserta diajar cara untuk menyimpan resume yang telah dihasilkan dalam bentuk Word ke PDF.

Selepas itu, peserta diberi tunjuk ajar cara menulis dan menghantar e-mel permohonan kerja dengan betul. Disamping itu, peserta turut diajar cara untuk memasukkan lampiran (attachment) seperti resume dan sijil-sijil ke dalam e-mel tersebut. Kelas yang berlangsung selama 2 jam bermula pada pukul 11.00 pagi dan tamat pada pukul 1.00 petang ini telah dihadiri oleh seorang suri rumah.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali