Kelas Pendaftaran Pekerjaan SPA

28 Januari 2021 | Aktiviti Terkini

Kelas Pendaftaran Pekerjaan SPA ini telah diadakan pada hari Rabu, 27 Januari 2021 bertempat di Pusat Internet Komuniti Bogag. Kelas ini merupakan kelas persendirian bagi membantu peserta membuat pendaftaran pekerjaan dalam Perkhidmatan Awam di portal rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia iaitu spa.gov.my menggunakan pelayar (browser) Google Chrome.

SPA merupakan portal bagi mengisi dan memohon jawatan kosong kerajaan. Petugas Pusat Internet Komuniti memberi bimbingan cara untuk mendaftar dan memasukkan maklumat dalam portal yang telah disediakan. Kelas ini telah diadakan selama 1 jam iaitu bermula pada pukul 3.00 petang hingga pukul 4.00 petang. Kelas ini dihadiri oleh seorang peserta.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali