Kelas Asas Microsoft PowerPoint dan Kuiz Atas Talian (Quizizz)

20 Mac 2021 | Aktiviti Terkini

Kelas Asas Microsoft PowerPoint dan Kuiz Atas Talian (Quizizz) ini telah diadakan pada 19 Mac 2021, hari Jumaat bertempat di Pusat Internet Komuniti Bogag. Dalam kelas ini, para peserta mempelajari cara untuk menghasilkan slaid pembentangan yang mudah dan menarik. Selain memasukkan objek ke dalam slaid, para peserta turut diberi tunjuk ajar menukar design slaid, meletakkan transitions pada slaid dan meletakkan animations pada objek seperti teks, bentuk dan gambar dalam slaid yang dihasilkan. Para peserta turut diberi tugasan menghasilkan slaid pembentangan yang bertemakan “Buah-buahan Tempatan”. Akhir sekali, para peserta membuat ulangkaji matapelajaran Bahasa Inggeris Tahun 5 dengan menjawab soalan kuiz secara atas talian yang terdapat di laman web quizizz.com. Kelas yang berlangsung selama 2 jam bermula pada pukul 2.00 petang dan tamat pada pukul 4.00 petang ini telah dihadiri oleh 3 orang pelajar tahun 5.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali