Kelas Asas ICT & Microsoft PowerPoint Individu

13 Mac 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 12 Mac 2021, PIK Bogag telah mengadakan kelas asas ICT & Microsoft PowerPoint bersama seorang pelajar Sekolah Menengah. Beliau telah diajar cara untuk mencari maklumat yang tepat menggunakan enjin carian google search serta cara menyimpan gambar atau maklumat ke dalam komputer. Selepas itu beliau juga diperkenalkan dengan laman WhatsApp Web serta cara menghantar dokumen, video atau gambar melalui laman tersebut.

Peserta kemudiannya diajar cara menggunakan Microsoft PowerPoint untuk menghasilkan slaid pembentangan yang mudah dan menarik serta cara menyimpan hasil kerja kepada format video. Kelas yang dijalankan selama dua jam ini dijalankan bermula dari pukul 3 petang dan berakhir pada pukul 5 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali