Kelas Animasi Grafik Mudah & Kuiz Atas Talian

8 Februari 2021 | Aktiviti Terkini

Kelas Animasi Grafik Mudah dan Kuiz Atas Talian ini telah diadakan pada 7 Februari 2021, hari Ahad bertempat di Pusat Internet Komuniti Bogag. Dalam kelas ini, para peserta mempelajari cara untuk menghasilkan animasi grafik yang mudah dengan menggunakan MS PowerPoint. Para peserta diajar cara untuk meletakkan gerakan animasi pada objek seperti bentuk dan teks yang dimasukkan ke dalam slaid menggunakan tab animasi (animations).

Para peserta turut diajar bagaimana untuk menyusun gerakan objek seperti, mana objek yang akan gerak dahulu, tempoh masa ia bergerak, bila ia mahu bergerak dan sebagainya menggunakan Animation Pane. Selepas itu, para peserta membuat ulangkaji pelajaran secara atas talian melalui laman web quizizz.com dengan menjawab soalan kuiz untuk matapelajaran Bahasa Melayu dan Sains. Kelas yang berlangsung selama 2 jam bermula pukul 11.00 pagi dan tamat pada pukul 1.00 petang ini telah dihadiri oleh seramai 3 orang pelajar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali