MDB Talk Series: Lensa Keusahawanan Kraftangan Anyaman

16 Ogos 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 15 Ogos 2021, Kluster Menarik Di Bau (MDB) telah mengadakan sebuah lagi program bual bicara santai di bawah slot Inspirasi Usahawan secara Live Streaming selama dua jam bersama Puan Sandra Trinata Kolarensius Sugeng, pemilik Nang Dee Resources. Slot Inspirasi Usahawan ini diadakan untuk mengupas tentang perjalanan dan pencapaian beliau selama menjadi usahawan kraftangan yang berjaya di Bau. Melalui program ini, panel jemputan berpeluang berkongsi pengalaman, liku-liku dan cabaran yang dihadapi sepanjang berkecimpung dalam bidang keusahawanan kraftangan.

Pelbagai pencapaian dan pengalaman yang telah diperolehi ketika menceburi bidang ini diharap dapat dijadikan inspirasi kepada penonton yang mungkin berminat untuk menceburi bidang keusahawanan. Panel jemputan turut diberikan peluang membuat pemeran produk kraftangan beliau kepada umum. Sesi soal jawab turut dijalankan dimana panel jemputan menjawab pelbagai pertanyaan daripada penonton program. Slot Inspirasi Usahawan yang dijalankan bermula jam 2.30 petang itu berakhir pada pukul 4.30 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali