Kelas Asas Microsoft Word & Kempen Klik Dengan Bijak Minggu Ke-3

18 April 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 17 April 2021, PIK Bogag telah mengadakan kelas asas Microsoft Word dan kempen Klik Dengan Bijak bersama dua orang peserta. Sesi ini merupakan kesinambungan sesi minggu sebelumnya. Pada minggu ini peserta diajar menggunakan tab menu Insert dan memfokus kepada sub menu Shapes dan SmartArt. Peserta pada mulanya diberikan taklimat berkenaan dengan topik Maklumat Palsu di bawah kempen Klik Dengan Bijak dimana mereka kemudiannya diajar cara menaip senarai langkah membendung penyebaran maklumat palsu dalam SmartArt pilihan mereka. Peserta seterusnya diajar cara memilih dan memasukkan SmartArt yang menunjukkan prosess (process) dan kitaran (cycle) tentang cara menilai kebenaran sesuatu maklumat dengan cara SURE (Source, Understand, Research, Evaluate). Kelas yang dijalankan selama dua jam ini dijalankan bermula dari pukul 10 pagi dan berakhir pada pukul 12 tengahari.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali