Kelas asas Infografik dalam MS PowerPoint, e-learning & KDB

9 Januari 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 8 Januari 2021, PIK Bogag telah menjalankan kelas asas infografik dalam MS PowerPoint, e-learning dan KDB. Kelas ini disertai oleh seramai lima orang peserta dimana peserta diajar cara asas menghasilkan infografik dalam slaid pembentangan MS PowerPoint mereka. Penggunaan infografik amat menarik kerana menggabungkan kekuatan diantara reka bentuk grafik dan informasi untuk berkomunikasi atau menyampaikan mesej dengan cara yang paling berkuasa kepada semua golongan sasar.

Selain daripada itu, para peserta juga turut diberikan taklimat ringkas Klik Dengan Bijak dibawah topik Rukun Negara menggunakan slaid infografik yang telah dihasilkan serta diperkenalkan kepada laman web pembelajaran secara atas talian iaitu quizizz.com. Melalui laman web ini mereka diberikan peluang menjawab soalan kuiz pelbagai mata pelajaran secara atasa talian. Kelas ini dijalankan bermula pada pukul 2 petang dan berakhir pada pukul 4 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali