Kelas Asas Microsoft PowerPoint, e-Learning (Quizizz) & Advokasi CYL

13 Mac 2021 | Aktiviti Terkini

Kelas Asas Microsoft PowerPoint, e-Learning (Quizizz) dan Advokasi Check Your Label (CYL) ini telah diadakan pada 12 Mac 2021, hari Jumaat bertempat di Pusat Internet Komuniti Bogag. Dalam kelas ini, para peserta diperkenalkan kepada MS PowerPoint 2013. Mereka turut diberi tunjuk ajar cara menghasilkan slaid pembentangan yang mudah dan ringkas. Para peserta mempelajari cara memasukkan slaid baru serta objek seperti teks, bentuk dan gambar ke dalam slaid. Selain itu, mereka juga diajar cara untuk mengubah format objek yang dimasukkan ke dalam slaid.

Selepas itu, para peserta membuat ulangkaji matapelajaran matematik dengan menjawab soalan kuiz secara atas talian melalui laman web quizizz.com. Akhir sekali, advokasi Check Your Label (CYL) diadakan dengan tujuan untuk mendidik dan memberi kesedaran kepada para peserta tentang kepentingan memastikan peralatan komunikasi mempunyai label MCMC yang sahih sebelum membelinya. Disamping itu, peserta turut diberi pendedahan tentang kaedah pemeriksaan untuk menentukan kesahihan label MCMC yang terdapat pada peralatan komunikasi. Kelas yang berlangsung selama 2 jam bermula pada pukul 3.00 petang dan tamat pada pukul 5.00 petang ini telah dihadiri oleh 5 orang pelajar tahun 5.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali