MDB Talk Series: Bicara Santai Buli Siber bersama Sektor Psikologi & Kaunseling (SPsK) Pejabat Pendidikan Daerah Bau

24 April 2021 | Aktiviti Terkini

MDB Talk Series merupakan sebuah program baru yang dianjurkan oleh pihak FB Page MDB di bawah kelolaan Pusat Internet Komuniti (PIK) di Daerah Bau yang terdiri daripada 6 buah PIK di dalam Kluster MenarikDiBau (MDB) iaitu PIK Bogag, PIK Serasot, PIK Tanjung Bowang, PIK Krokong, PIK Sibuluh dan PIK Skio sebagai platform untuk menampilkan dan berkolaborasi bersama pihak luar / industri dalam menghasilkan perbincangan mengenai topik menarik sama ada berteraskan isu-isu semasa, digital ekonomi / inovasi, keusahawanan dan lain-lain.

Pada 23 April 2021, Kluster MDB mengadakan sebuah Program Bual Bicara Santai secara Live Streaming selama 2 jam bersama dengan pihak Sektor Psikologi & Kaunseling (SPsK) Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Bau. Pihak SPsK menghantar Puan Corelli Nyobek (Kaunselor PPD Bau) dan 3 orang Kaunselor Pelatih iaitu Cik Guenitta Merisin, Cik Martha Felina dan Encik Brodie Job sebagai panel jemputan serta Cik Jessica wakil Menarik Di Bau sebagai moderator. Program ini dijalankan bertujuan membincangkan topik buli siber yang dilihat semakin meningkat pada masa kini serta memberikan pendidikan kepada masyarakat tentang cara mencegah daripada menjadi mangsa buli siber.

Melalui program ini juga, pihak SPsK turut berkongsi fungsi serta peranan sektor mereka dalam menangani masalah buli siber yang semakin membimbangkan pada masa kini. Diharap dengan mengetengahkan isu buli siber ini ia dapat sedikit sebanyak mendidik masyarakat yang mengikuti sesi bual bicara ini agar tidak menjadi pembuli di alam siber serta dapat mengetahui cara mencegah diri daripada menjadi masa buli siber.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali