Kelas Memahami Penggunaan Laman WhatsApp Web & Google Meet

10 Februari 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 9 Februari 2021, PIK Bogag telah mengambil inisiatif menjalankan kelas memahami penggunaan laman WhatsApp Web & google meet bersama seorang pelajar Sekolah Menengah. Kelas ini dijalankan bertujuan untuk memberi tunjuk ajar kepada peserta tentang cara mengakses WhatsApp melalui laman web dan cara menghantar pesanan serta lampiran menggunakan komputer.

Selain daripada itu, peserta juga diajar cara untuk mengakses laman google meet untuk memudahkan beliau mengikuti kelas yang dijalankan secara PdPR di masa akan datang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali